Pokok_Berembang
Pokok_Berembang

Pokok_Berembang

Sonneratia acida L.
Pokok Berembang adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Sonneratia caseolaris (L.) Engl. [1]Berembang, pedada, gedabu, atau perepat ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika berasal dari Asia Tenggara sehingga China Selatan dan benua Australia utara serta kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang di makan sebagai sayuran walau pun kurang popular. Buah muda berembang sangat masam dan digunakan sebagai bahan perasa. Berembang juga di panggil sebagai pagapate (Papua New Guinea); pagatpat (Filipina); tapoo, tamoo (Myanmar); lamphu (Thailand); dan baanchua (Vietnam). Tumbuhan ini banyak tumbuh di Malaysia terutama dikawasan berhampiran sungai dan dekat dengan laut. Pokok berembang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kini dijadikan produk pelancongan yang "ajaib" di Malaysia iaitu terdapat banyak kunang-kunang datang pada malam hari untuk menghisap manisan bunga pokok berembang.Pucuk muda berembang dimakan mentah atau dicelur dan boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Buah mudanya pula boleh dibuat sambal dan dimakan bersama nasi. Buah mudanya berasa lemak-lemak masam, ada juga yang mengatakan ia rasa seperti keju.