Pokémon
Pokémon

Pokémon

Pokémon (ポケモン sebutannya "Po-Ké-Mo-N"), selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 (27 Februari 2006 merupakan sambutan ulang tahun Pokémon yang ke-10) dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi iaitu Nintendo. Game Pokémon yang asal (untuk Game Boy, komputer dan permainan video) telah diteruskan ke dalam bentuk:-Pokémon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu (ポケットモンスター sebutannya "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa") atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi (kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokémon Chronicles).Konsep Pokémon ini berasal daripada hobi mengumpul serangga, iaitu satu hobi yang sangat popular di Jepun (suatu masa dahulu), dan Satoshi Tajiri merupakan penggemar hobi ini semenjak beliau kecil lagi. Daripada Jepun (1996), idea Satoshi ini telah diadaptasikan (diterjemahkan) kepada pasaran Amerika Syarikat (1998) dengan terhasilnya game:-Kedua-dua game ini membolehkan pemain untuk menangkap, mengumpul, dan melatih ratusan binatang yang dikenali sebagai Pokémon. Pemain boleh melawankan Pokémon mereka dengan Pokémon yang lain untuk menaikkan kekuatan dan meningkatkan teknik berlawan Pokémon. Pokémon juga boleh "berevolusi" untuk menjadi Pokémon yang lebih kuat dan mempelajari teknik berlawan yang lebih kuat dan baru. Satoshi Tajiri tidak mahukan "pointless violent", maksudnya beliau tidak mahu memasukkan unsur-unsur keganasan dalam dunia Pokémon. Maka, sebab itulah dalam game Pokémon, Pokémon tidak boleh mati atau berdarah. Paling teruk pun, Pokémon hanya akan pengsan (fainted) dan akan sembuh semula setelah dibawa ke Pokemon Center. Walau bagaimanapun, Pokémon masih boleh:-Pokémon juga bermaksud sekumpulan makhluk fiksyen yang wujud dalam dunia semesta Pokémon. Sehingga kini, bilangan Pokémon adalah sebanyak 386 spesies. Kesemua Pokémon ini adalah hasil daripada perkembangan selama 10 tahun bagi 151 Pokémon yang asal (game Pokémon Red dan Pokémon Blue) dan juga penambahan beberapa spesies Pokémon yang baru.Pada tarikh Disember 2005, 4Kids Entertainment, syarikat yang menguruskan penglesenan bagi animasi Pokémon, mengumumkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperbaharui perjanjian untuk pasaran produk Pokémon itu. Pokémon USA Inc., anak syarikat kepada Japan's Pokémon Co., sekarang ini sedang sibuk meninjau penglesenan Pokémon untuk pasaran luar Asia.

Pokémon