Polemik_kedudukan_bahasa_Melayu_di_Malaysia

Polemik tentang status dan kedudukan bahasa Melayu sering kali berlaku dan tidak putus-putus mengalami tamparan dan bual bicara daripada pelbagai pihak. Bahasa Melayu atau juga dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara tersebut yang mengikuti piawaian ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia ini lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan secara asli oleh lebih daripada 10 juta penutur. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar daripada etnik minoriti negara Malaysia.[1] Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, jelas menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu",[2] ini membuatkan jenama bahasa Malaysia itu belum apa-apa lagi sudah dipersoalkan walaupun bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Ia juga sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang merdeka.Namun, selepas lebih daripada 50 tahun negara tersebut merdeka, penggunaan bahasa kebangsaan masih menjadi isu dan polemik yang tidak berkesudahan. Paling menyedihkan apabila ada kajian menunjukkan terdapat generasi muda daripada kaum Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu. Malah lebih banyak jawatan negara tersebut yang antaranya memerlukan kefasihan dalam bahasa Cina dan Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam sektor swasta.[3] [4] Populasi masyarakat berbangsa Cina Malaysia mengikut keputusan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 hanya 24.6% daripada keseluruhan penduduk rakyat Malaysia berjumlah 28.3 juta orang. Sebahagian besar daripada penduduk negara tersebut iaitu 67.4% adalah daripada kalangan kaum Melayu dan Bumiputera yang rata-rata daripada mereka menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.[5]

Rujukan

WikiPedia: Polemik_kedudukan_bahasa_Melayu_di_Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ipohmalay.blogspot.com/2009/08/semakin-rama... http://www.selangordaily.com/?p=931 http://hartalmsm.wordpress.com/2010/09/12/balik-ch... http://www.youtube.com/watch?v=JKX6hPMbEIo http://www.youtube.com/watch?v=qI27Vbe1gVk&feature... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Martaba... http://www.mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt...