Polis_Diraja_Malaysia

Polis Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: ڤوليس دراج مليسيا; singkatan: PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Kepolisian Negara Republik Indonesia,[1] Polis Diraja Thailand,[2] Polis Diraja Brunei[3], Pasukan Polis Singapura[4] Polis Kebangsaan Filipina,[5] dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.[6][7]Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Polis_Diraja_Malaysia

Dokumen-dokumen penting
  • Akta Polis 1967
Eksekutif Kerajaan
Menteri bertanggungjawab
Agensi-agensi terdahulu
  • Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu
  • Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu
  • Pasukan Polis Malayan Union
  • Civil Affairs Police Force
Ibu pejabat Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur
Dibentuk 25 Mac 1807; 212 tahun yang lalu (1807-03-25)
Moto Tegas, Adil dan Berhemah
Tapak web www.rmp.gov.my
Jenis Kerajaan