Jawatankuasa Pelajar Politeknik Balik Pulau

Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar merupakan badan pelajar paling tertinggi di Politeknik Balik Pulau. Majlis Perwakilan Pelajar juga mewakili pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek kemahiran, akademik, sukan, dan sebagainya. Pemilihan ahli ditentukan berdasarkan penamaan calon oleh calon itu sendiri atau wakil daripadanya dan memenangi tempat atau undian secara majoriti.

Tahun 2015/16

Majlis Perwakilan Pelajar PBU 2015/16
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Bil.JawatanNama
1Yang diPertuaFareez Haziq bin Adnan
2Naib Yang diPertuaNorfarahana
3Setiausaha KehormatSiti Nur Shahida
4SetiausahaNor Hazwani
5BendahariZaiful Ikhwan
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
6Exco Akademik & LatihanMaisyarah Bohari
7Exco Kolaborasi & Komunikasi KorporatMohd Alif Arief
8Exco JabatanMohd. Zaki
9Exco Multimedia & PenerbitanJafni Ikhwan
10Zahratul Azera
11Exco Kebajikan & SosialS. Pavitra
12Exco Persatuan & KelabSyazwan Yusoff
13Exco Sukan & RekreasiIdzihar Hasif
14Siti Najihah
15Exco Kediaman PelajarFaris Othman
16Farisah Zainul
17Exco Kebudayaan & WarisanAinine Ruzaifa
18Exco Kerohanian & MoralNurul Husna
19Exco Pembangunan WanitaSiti Naqiyah
20Exco Integrasi & NasionalHanies Nadiera
21Exco KesukarelawananIylia Nadiah
22Athirah Khairul
23Exco KeusahawananMirza Syahmi

Tahun 2016/17

Majlis Perwakilan Pelajar PBU 2016/17
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Bil.JawatanNama
1Yang diPertuaFareez Haziq bin Adnan
2Naib Yang diPertuaMohamad Norfaznie bin Rosnis
3Setiausaha KehormatFaizah binti Ahmad Rodi
4SetiausahaMuhammad Amirul Asyraaf bin Roslan
5BendahariNor Hazwani binti Muhamed Yusop
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
6Exco Akademik & LatihanSiti Najihah binti Razali
7Exco Kolaborasi & Komunikasi KorporatFuad Zaqi Pixri bin Ahmad Zulpixri
8Exco JabatanNurul Syazwani Amira binti Mohd Azham Shah
9Exco Multimedia & PenerbitanZahratul Azera binti Zairudin
10Mohd Nashrul Ikram bin Ahmad Ghazali
11Exco Kebajikan & SosialMuhammad Syafiq bin Muhsin
12Exco Persatuan & KelabAiril Afiq bin Ahmad
13Exco Sukan & RekreasiNur Athirah binti Mohd Khairul Azmi
14Iylia Nadiah binti Mohd Khairul Azmi
15Exco Kediaman PelajarMuhammad Faris bin Othman
16Nur Farisah binti Zainul
17Exco Kebudayaan & WarisanSiti Nabilah binti Kaail
18Exco Kerohanian & MoralMohd Alif Arief bin Mahazir
19Exco Pembangunan WanitaNurul Husna binti Abdul Halim
20Exco Integrasi & NasionalAinine Ruzaifa binti Mustafa
21Exco KesukarelawananSyazwan Husaini bin Muhamad Yusoff
22Siti Nur Shahida binti Shamsuddin
23Exco KeusahawananMaisyarah binti Bohari

Tahun 2017/18

Majlis Perwakilan Pelajar PBU 2017/18
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Bil.JawatanNama
1Yang diPertuaMohamad Norfaznie bin Rosnis
2Naib Yang diPertuaFaizah binti Ahmad Rodi
3Setiausaha KehormatNur Nadiah binti Yahya
4SetiausahaMuhammad Amirul Asyraaf bin Roslan
5BendahariNur Qistina binti Noor Azli
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
6Exco Akademik & LatihanNurul Afiqah binti Ramlan
7Exco Kolaborasi & Komunikasi KorporatAmirol Farhan bin Bakhauri
8Exco JabatanAmmar Idham bin Anuar
9Exco Multimedia & PenerbitanMuhammad Syafiq bin Mohamed Hanafi
10Hee Hann Wenn
11Exco Kebajikan & SosialMuhammad Faris bin Sobri
12Exco Persatuan & KelabAiril Afiq bin Ahmad
13Exco Sukan & RekreasiKhairul Alif bin Kamaruzaman
14Nur Madihah binti Shaipol Bahri
15Exco Kediaman PelajarMohamad Azam bin Mohamad Ghazali
16Siti Nurmaisarah binti Abdul Hadi
17Exco Kebudayaan & WarisanMuhammad Aliff Iqmal bin Mohamad Asri
18Exco Kerohanian & MoralAmirullah bin Mohamed Sabri
19Exco Pembangunan WanitaNurul Izzah binti Mohamad Asri
20Exco Integrasi & NasionalAdam Kiyoshi bin Mohd Azlan
21Exco KesukarelawananMuhammad Aidil Ilham bin Adnan
22Ummu Ubaidah binti Omar

Jawatankuasa Kamsis Pelajar Politeknik

Kolej Kediaman PBU mempunyai 3 blok kolej kediaman iaitu Blok A dan B untuk Siswi dan Blok C untuk Siswa. Mendiami kolej Kediaman bukan merupakan hak atau keistimewaan kepada mana-mana pelajar. Pihak Pengurusan Politeknik berhak menawar, tidak menawar ataupun menarik balik tawaran kemudahan ini kepada mana-mana pelajar atas kepentingan politeknik (Akta 174: Jadual Kedua Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran 1976 Bahagian III Kaedah 33). Pertimbangan mendiami kolej kediaman akan sentiasa diberi kepada pelajar yang menghargai kemudahan dan bekerjasama dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan politeknik di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan serta pelajar-pelajar yang sentiasa memberi jasa dan mengharumkan nama politeknik.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Ketua Unit Kolej Kediaman dan Penasihat Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK). Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.

Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PBU

Pembimbing Rakan Siswa (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.

Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.

Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Siswa dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.