Politeknik_Sandakan

Politeknik Sandakan, Sabah terletak di Sandakan, Sabah, Malaysia. Politeknik ini mula dibuka pada 12 Mei 2019, pada masa itu beroperasi di Politeknik Kota Kinabalu.Sejarah awal penubuhan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah dikendalikan oleh "Caretaker" PSS di awal operasinya iaitu Encik Dullah bin Muluk. Operasi awal politeknik ini dengan menumpang di kampus Politeknik Kota Kinabalu bermula 2008 hingga pertengahan tahun 2009, sebelum operasi pejabat berpindah ke Bangunan Kampus sementara Politeknik Sandakan Sabah di Bandar Labuk Jaya, Batu 7 Sandakan. Di antara pensyarah dan kakitangan awal yang terbabit dalam permulaan pengeoperasian Politeknik Sandakan Sabah (PSS) bermula di Kota Kinabalu adalah:-1- IRWANDIH BIN NAJIB2- SINDRING BIN SANUSI3- SAIFUDDIN BIN SEMAIL4- NASUHA BIN NASARUDDIN5- RINA ILYANA BINTI ZAINAL6- EFFANDY BIN MASALLEH7- BASREN BIN BUNAH8- HELEN BT LAU @ABD KADIR9- ROHA BINTI AWANG LATIFPengambilan pelajar pertama dibuka pada Julai 2009 di kampus sementara di Labuk Jaya, Sandakan. Seramai 16 orang pelajar sulung yang mendaftar diri untuk mengikuti pengajian pada semester pertama iaitu Program Diploma Pengurusan Pelancongan. Antara nama-nama pelajar sulung Politeknik Sandakan Sabah ialah: MSK sesi Julai 2009 telah berlangsung selama satu minggu iaitu pada 14 Julai hingga 17 Julai 2009. Aktiviti MSK dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti sama sepertimana aktiviti MSK yang dijalankan di mana-mana Politeknik yang telah lama ditubuhkan. Berkat daripada pengalaman pensyarah-pensyarah serta kakitangan staf-staf Politeknik Sandakan Sabah, aktiviti MSK dapat berlangsung dengan sempurna walaupun bilangan yang amat sedikit dan serba kekurangan peralatan-peralatan. Walaupun begitu, kekurangan bukan satu penghalang untuk kakitangan untuk meneruskan aktiviti, banyak usaha telah dilakukan untuk memenuhi kriteria-kriteria yang perlu dilaksanakan dalam aktiviti MSK seperti Majlis Perasmian Penutupan MSK Sesi 2009, aktiviti riadah dan sebagainya.Sesi pengajian di Politeknik Sandakan Sabah berjalan dengan lancar dengan penambahan sedikit fasilitis-fasilitis seperti penyaman udara, kemudahan WIFI dan sebagainya. Dalam sesi Julai 2009, pelbagai aktiviti luar telah dianjukan oleh pelajar iaitu Kejohanan Bowling Tertutup PSS (17 Okt 2009), Kejohanan Futsal Tertutup PSS (24 Okt 2009),Lawatan ke Homestay Kampung Bilit Sandakan(8 Ogos 2009) dan menghantar wakil pelajar dalam MSP Futsal di Kota Bharu, Kelantan. (21 Dis 2009).Program yang ditawarkan pada ketika itu hanya Diploma Pengurusan Pelancongan sahaja. Pada Januari 2012, kampus induk Politeknik Sandakan Sabah telah mula beroperasi iaitu di Bt. 10 Sungai Batang, Sandakan. Kampus Politeknik Sandakan Sabah dilengkapi beberapa kemudahan asas yang seperti asrama, kafeteria, surau, padang bola serta bilik kuliah. Selain itu, terdapat juga peralatan yang canggih bagi tujuan pembelajaran seperti peralatan PA yang terdapat di dewan kuliah utama, perpustakaan dan sebagainya.