Pengurus Besar Makau dipilih oleh kerajaan
Republik Rakyat China selepas melalui jawatankuasa pilihan raya, yang ahlinya dicadangkan badan korporat. Pengurus besar berdepan kabinet,
Majlis Eksekutif, yang terdiri daripada 7 ke 11 ahli, yang dipenuhi wakil badan korporat.
Edmund Ho, ahli perbankan dan satu pemimpin komuniti, merupakan orang pertama pilihan China untuk menjawat jawatan Pengurus Besar, mengantikan Gabenor
General de Rocha Vieira pada 20 Disember
1999. Badan perwakilan kawasan ini merupakan
Dewan Undangan, yang mempunyai 23 ahli. 10 daripadanya daripada pilihan raya langsung, 10 mewakili kawasan berfungsikan konstituensi, dan tujuh dilantik Pengurus Besar. Badan perwakilan ditugaskan merangka undang-undang, dan mempunyai kuasa membatalkan Pengurus Besar yang sedang bertugas. Ia juga mempunyai kuasa menggubal cara penggantinya dilantik selepas tahun 2009. Sistem kehakiman secara amnya diteraskan
Sistem Kehakiman Portugis. Kawasan ini mempunyai badan kehakiman sendiri dengan mahkamah tertingginya dinamai
Mahkamah Rayuan Terakhir (CFA), yang merupakan tempat terakhir merayu kes-kes mahkamah. Hakim dilantik oleh suatu komiti dan Pengurus Besar.