Politik_Republik_China

Politik Republik China berlaku dalam suatu republik demokratik semi-presiden.Perlembagaan Republik China digubal sebelum kejatuhan pemerintah Kuomintang kepada Parti Komunis China dan ditujukan ke arah mewujudkan kerajaan campuran KMT dan CCP untuk memerintah keseluruhan negara China termasuk Taiwan. Walau bagaimanapun, pihak komunis CCP bertindak memboikot Dewan Undangan Nasional. Juga, para pewakilan daripada pulau Taiwan tidak dilantik pada ketika itu. Perlembagaan Republik China berkuatkuasa pada tarikh 25 haribulan Disember 1947.Disebabkan Taiwan terus berada dibawah undang-undang darurat daripada 1948 sehingga 1987, kebanyakan provisyen dalam perlembagaan Republik China tidak terlaksana di Taiwan. Semenjak undang-undang darurat ditamatkan pada tahun 1987, Republik China telah melalui pelbagai perubahan dan reformasi yang melihat perihal perlembagaannya yang berkait tanah besar China dibuang. Sisa-sisa perihal yang tinggal tidak lagi berfungsi. Proses pengubalan ini terus berlangsung hingga ke hari ini, dan terbukti apabila pada bulan Mei 2005, sebuah dewan undangan baru terbetuk apalila bilangan kerusi perwakilan dikurangkan dan sebuah suruhanjaya dibentuk bagi mengkaji perubahan perlembagaan. Hasil kajian daripadanya telah pun diluluskan dengan Dewan Undangan Nasional mengundi untuk memansuhkan dirinya dan memindahkan kuasa penggubalan perlembagaan terus ke tangan rakyat sejagat.