Politik_haluan_kiri

Politik haluan kiri atau politik sayap kiri melalui pemahaman politik merupakan pihak yang mengutamakan kesamaan sosial sebagai matlamat politik, berbanding dengan sayap kanan yang memandang fahaman sayap kiri itu sebagai ancaman kepada kebebasan (khususnya kebebasan masyarakt sivil) dan/atau tradisi-tradisi sedia ada.Di Dunia Barat, istilah "sayap kiri" selalu dikaitkan dengan demokrasi sosial dan liberalisme sosial (tetapi bukan liberalisme klasik), serta juga (khususnya di Eropah Barat) negara kebajikan dan sosialisme demokratik. Di Eropah Timur, Asia, Amerika Selatan, dan Afrika, istilah itu sering dikaitkan dengan Marxisme-Leninisme dan/atau Maoisme, serta isu-isu seperti anti-imperialisme dan pengagihan semula tanah.Secara amnya, sayap kiri mendukung masyarakat sekular dan pelbagai budaya, dengan peranan penting untuk kerajaan kebangsaan. Sayap kiri dihubungkaitkan dengan beberapa bentuk Popularisme, Komunitarianisme, Syndikalisme, gerakan kesatuan sekerja, Anarkisme, Libertarianisme kiri, Sosialisme, serta Komunisme di Kiri Jauh.