Popia
Popia

Popia

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Popia

Nama alternatif Baobing, Runbing, Bopijuan
Kawasan Taiwan, Burma (Myanmar), Malaysia, Singapore (Teochew dan kawasan yang bertutur bahasa Hokkien)
Bahan utama kulit popia, sengkuang, lobak merah, tauhu goreng (yang didadukan), kacang panjang, taugeh, udang kering
Tempat asal Fujian, China