Port_bersiri
Port_bersiri

Port_bersiri

Dalam istilah perkomputeran, port bersiri merupakan antara muka pada sistem komputer, di mana maklumat dihantar dan diterima satu bit pada setiap masa (berlawanan dengan port selari). Dalam sejarah komputer peribadi, kebanyakan pemindahan data menggunakan port sesiri dilaksanakan menggunakan piawaian RS-232 menerusi kabel ringkas yang menghubungkan komputer kepada peranti seperti terminal atau modem. Tetikus, papan kekunci dan peranti-peranti lain juga disambungkan kepada hos tersendiri melalui cara ini.Antara muka seperti rangkaian ethernet, FireWire dan USB kesemuanya menghantar data secara sesiri, istilah "port bersiri" biasanya merujuk kepada perkakasan yang ingin berhubung dengan sesebuah modem atau sebarang peranti komunikasi yang sama.