Portal:Filem



Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum. Perkatan 'filem' datangnya dari filem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.Pada hari ini, cerita drama televisyen dan video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Wayang gambar yang dirakam dengan menggunakan filem boleh dipancarkan ke layar tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk ditayangkan disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.
Adnan Sempit (digayakan dalam poster sebagai Adnan Semp-It) ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Along Cham ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.Filem ini diibaratkan sebagai parodi filem Remp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filem V3 Samseng Jalanan ialah sekuel Remp-it). Filem ini diberi tajuk asal Rempit Nan Sempit tetapi ditukar tajuknya kerana berikutan arahan kerajaan terbaru pada pertengahan tahun 2009 yang tidak menggalakkan tema mat rempit dalam penerbitan filem dan televisyen terbaru Malaysia.Selanjutnya | Arkib | SuntingAntara wayang awal menunjukkan kuda berlari.
Arkib | Sunting

Selanjutnya | Arkib | SuntingWikiProjek Filem<Result1 Result2