Islam (
bantuan·
maklumat) (
bahasa Arab: الإسلام al- islām) ialah
agama yang kedua terbesar di dunia. Perkataan '
Islam' berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud "tunduk, dan patuh", serta "selamat, sejahtera, dan damai". Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh
Allah, Tuhan Sekelian Alam.Pengikut-pengikut Islam, dikenali sebagai orang
Muslim (daripada perkataan Arab, muslimeen, yang bermaksud "seseorang yang telah berserah kepada
Allah") mempercayai bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. (
570 -
632 M) diutuskan oleh
Allah, untuk menyempurnakan
syariat yang terdahulu, dengan turunnya
Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk umat baginda. Orang Muslim mempercayai bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. adalah
nabi yang terakhir. Ajarannya kepada
manusia akan berlanjutan sehingga
Hari Kiamat.Dalam Islam terdapat dua kumpulan fahaman utama, iaitu
Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) dan
Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu
Allah, dan dalam Islam ada
Rukun Iman dan
Rukun Islam yang menjadi teras amalan Mukmin.
Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti
solat dan iktikaf, bagi orang
Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat
kebudayaan, muamalat, dan perkembangan
dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat
Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk
solat Jumaat melebihi tiga kali.Bulan sabit dihias dengan berwarna dan indah diterangi pada bulan
Ramadan.
Makkah al-Mukarramah (ataupun dipanggil
Mekah atau
Makkah sahaja;
Arab:
مكة المكرمة) ialah kota paling suci bagi umat
Islam. Bandar ini terletak lebih kurang 73 km di timur
Jeddah, ibu kota
Arab Saudi.Makkah merupakan tempat lahirnya
Islam dan
Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima
wahyu daripada
Allah s.w.t. Di sini juga terletaknya
Masjidil Haram yang di dalamnya terdapt
Kaabah. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion
Muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan
menghadap Kaabah untuk
bersolat. Manakala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, seseorang
Muslim akan mengunjungi Makkah untuk mengerjakan
haji pada bulan
Zulhijjah.Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu alaihi wassalam) (
B. Arab: محمد) adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di
Mekah dan kembali ke rahmatullah di
Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang
Islam, tetapi orang-orang
Yahudi dan
Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah
Nabi Musa dan
Nabi Isa.
Lihat juga:
Perbendaharaan kata Islam,
Indeks rencana mengenai IslamPurge server cache