Satu
perniagaan (
Tulisan Jawi: ڤرنياݢاءن;
syarikat,
perusahaan atau
firma) adalah sebuah bentuk
organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan
barangan atau
perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada
pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Perniagaan adalah
ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah
milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari
keuntungan yang akan menambah
kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu
pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi
kerja dan penerimaan
risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan
kerjasama dan
perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi
tanpa keuntungan atau menjadi
perusahaan milik negara.Sebagai contoh bisnes adalah seperti MLM, servis, penjualan produk samada secara digital ataupun fizikal. Antara bentuk fizikal yang boleh dijual adalah seperti produk berteraskan makanan dan pakaian.
Etimologi "perniagaan" berkait dengan keadaan kesibukan bagi seorang individu atau masyarakat keseluruhannya, membuat dagang berdaya maju dan kerja boleh untung. Istilah "perniagaan" mempunyai sekurang-kurangnya tiga kegunaan, bergantung kepada ruang lingkup — satu penggunaan (di atas) bermaksud
syarikat atau
perbadanan, penggunaan umum untuk merujuk kepada
sektor pasaran yang tertentu, seperti "perniagaan muzik" dan bentuk gabungan seperti
agribusiness, atau istilah yang lebih luas termasuklah semua aktiviti oleh komuniti pembekal barangan dan perkidmatan. Bagaimanapun, istilah perniagaan yang tepat, seperti lain-lain di dalam
falsafah perniagaan, adalah hanya salah satu hal perdebatan dan istilah yang rumit.