Poskad
Poskad

Poskad

Poskad merupakan kertas kadbod yang digunakan untuk menulis ucapan kepada seseorang tanpa memasukkan ke dalam sampul surat. Terdapat dua bahagian poskad iaitu bahagian depan dan belakang. Pada bahagian depan, terdapat lukisan atau gambar-gambar menarik. Pada bahagian belakang terdapat tempat untuk menuliskan ucapan serta alamat penerima. Pada bahagian ini, setem harus diletakkan sebagai kos penghantaran kepada penerima berdasarkan kadar yang dikenakan kepada penghantar untuk tempat destinasi yang diingini.Antara tema yang mencari perhatian ialah pemandangan di sesebuah negara, peta sesuatu tempat, bangunan-bangunan terkenal serta tema flora dan fauna.