Power_Rangers
Power_Rangers

Power_Rangers

Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siri Super Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.

Power_Rangers

Bahasa Bahasa Inggeris
Pelakon suara Senarai pelakon suara Power Rangers
Pengarah Pelbagai
Penerbit Haim Saban (Saban Entertainment, Saban Brands), Walt Disney Entertainment
Pemasangan kamera Multi-Camera
Format audio Stereo
Penggubah lagu tema Pelbagai
Lokasi  Amerika Syarikat,  New Zealand
Siaran asal – Sedang disiarkan
Bilangan episod (Senarai episod)
Rancangan berkaitan Masked Rider
VR Troopers
Super Sentai
Bilangan musim 26
Saluran asal FOX, Toon Disney, ABC, ABC Family, Nickelodeon

Rujukan

WikiPedia: Power_Rangers http://www.getpowerized.com http://disney.go.com/powerrangers/teams/dino/index... http://disney.go.com/powerrangers/teams/galaxy/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/mighty/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/mystic/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/ninja/inde... http://disney.go.com/powerrangers/teams/overdrive/... http://disney.go.com/powerrangers/teams/rescue/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/space/inde... http://disney.go.com/powerrangers/teams/spd/index....