Pranab_Mukherjee
Pranab_Mukherjee

Pranab_Mukherjee

Pranab Kumar Mukherjee (lahir 11 Disember 1935) ialah seorang ahli politik India dan Presiden India ke-13. Pranab mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim India. Beliau adalah bekas Menteri Kewangan India. Mukherjee adalah pemimpin kanan Parti Kongres Kebangsaan India sehingga beliau meletak jawatan sebelum pilihan raya Presiden India 2012 pada 22 Julai 2012. Beliau mengambil jawatan sebagai Presiden India ke-13 pada 25 Julai 2012.Pranab Mukherjee terlibat dalam politik Kongres Kebangsaan India pada 1969 di bawah Perdana Menteri India Indira Gandhi. Beliau pernah menjadi menteri dalam kabinet Indira Gandhi (1973) dan Menteri Kewangan India (1982-1984). Mukherjee adalah Ketua Dewan Sabha Rajya (1980-1985).Mukherjee itu diketepikan dari Kongres semasa era Rajiv Gandhi kerana tidak sealiran dengan Rajiv Ghandhi. Kemudian beliau membentuk parti politik baru, Kongres Rashtriya Samajwadi tetapi bergabung dengan Kongres (1989) selepas berkompromi dengan Perdana Menteri Rajiv Gandhi. Seterusnya Perdana Menteri Narasimha Rao memilih beliau sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan dan sebagai Menteri Luar India (1995-1996) dalam Kabinet Rao . Mukherjee muncul sebagai arkitek politik Sonia Gandhi pada 1990-an. Beliau menjadi negarawan sulung daripada parti Kongres. Mukherjee adalah Ketua Dewan Lok Sabha 2004-2012. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan (2004-2006) ; Menteri Hal Ehwal Luar (2006-2009); Menteri Kewangan 2009-2012 dalam kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh .Mukherjee menerima penghargaan seperti Menteri Kewangan terbaik Dunia (1984) dan Menteri Kewangan Asia (2010) oleh akhbar 'Emerging Markets' untuk Bank Dunia dan IMF. Pada Disember 2010, majalah Banker mengiktiraf beliau sebagai "Menteri Kewangan Tahun 2010". Kerajaan India juga memberi penghormatan kepada beliau bersama tokoh Padma Vibhushan pada tahun 2008.Pada tahun 2017, Mukherjee memutuskan untuk tidak bertanding untuk pemilihan semula dan bersara daripada politik selepas meninggalkan kepresidenan kerana "komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan usia tua". Tempoh jawatannya tamat pada 25 Julai 2017.[1][2][3]

Pranab_Mukherjee

Lahir Pranab Kumar Mukherjee
(1935-12-11) 11 Disember 1935 (umur 84)
Mirati, Birbhum, Bengal Presidency, British India (sekarang Bengal Barat, India)
Didahului oleh George Fernandes
Alma mater Universiti Calcutta
Pasangan Suvra Mukherjee (k. 1957; m. 2015)
Digantikan oleh A. K. Antony
Parti politik Kongres Kebangsaan India (1969–86; 1989–2012)
Sekutu gabunganpolitik lain Kongres Rashtriya Samajwadi (1986–89)
Anak-anak Sharmistha Mukherjee
Abhijit Mukherjee
Indrajit Mukherjee
Laman sesawang Laman web rasmi
Perdana Menteri Manmohan Singh
Naib Presiden Mohammad Hamid Ansari
Kediaman Rashtrapati Bhavan, New Delhi, Delhi, India