Prasasti_Seni
Prasasti_Seni

Prasasti_Seni

Prasasti Seni[3] merupakan album ke sepuluh Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada 12 April 2004, dan majlis ini mendapat liputan secara langsung oleh Sitizone.com. Album ini merupakan nafas segar buat kerjaya Siti kerana ini merupakan kali pertama kulit album dibuat di luar studio. Penggambaran untuk kulit album ini dijalankan di Janda Baik, Pahang. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit, ia merupakan album terakhir beliau bersama Suria Records.[1]Yang menarik tentang album ini ialah Siti turut memuatkan sebuah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip "Pejam Matamu" dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. Antara single yang berjaya menggegarkan industri muzik ialah "Dialah di Hati", "Seindah Biasa" dan "Lagu Rindu" yang pertama kali diperdengarkan di Anugerah Planet Muzik di Singapura.Lagu "Dialah Di Hati" merupakan titik permulaan dimensi baru dalam karier Siti Nurhaliza, kerana mempunyai susunan muzik segar serta alunan vokal yang berubah dari nada rendah ke nada tinggi, dan juga penulisan lirik yang baik. "Dialah Di Hati" turut dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik.

Prasasti_Seni

Dikeluarkan pada 12 April 2004 [1][2]
Masa 54:38
Penerbit
Dirakam pada 2003-2004
Genre Pop
Syarikat Suria Records

Rujukan

WikiPedia: Prasasti_Seni http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan... http://www.hits1.com.my/sejarah1.htm http://www.nib.com.my/archives/text/view/11189721?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/27378442?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/28414238?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/30071480?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/3628457?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44504820?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/46002694?...