Presiden_Iran
Presiden_Iran

Presiden_Iran

Presiden Iran merupakan ketua kerajaan Republik Islam Iran. Setiap presiden dilantik melalui pilihan raya dan akan memimpin kerajaan Iran selama empat tahun. Presiden Iran adalah jawatan tertinggi yang dilantik rasmi dalam Republik Islam Iran, jawatan kedua tertinggi di Iran. Menurut Perlembagaan Republik Islam Iran presiden bertanggungjawab untuk "fungsi-fungsi eksekutif", seperti menandatangani perjanjian-perjanjian, perjanjian-perjanjian antara bangsa dan sebagainya. dengan negara-negara lain dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa; perancangan negara dan bajet pekerjaan dan urusan rasmi; melantik menteri-menteri, gabenor-gabenor, dan duta-duta tertakluk kepada kelulusan parlimen.Berbeza dengan negara lain, Presiden Iran tidak mempunyai kawalan penuh terhadap dasar luar, pasukan bersenjata, atau dasar nuklear Iran kerana ia di bawag kawalan Pemimpin Tertinggi. Pilihan raya Presiden Iran 2005 pada 3 Ogos 2005 dimenanngi oleh Mahmoud Ahmadinejad. Pilihan raya Presiden Iran 2009 diadakan pada 12 Jun 2009 turut dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad walaupun dipertikaikan oleh calon lawan.

Presiden_Iran

Tempoh 4 tahun, boleh diperbaharui sekali
Laman web Pejabat Presiden