Pretoria
Pretoria

Pretoria

Pretoria adalah ibu negara Afrika Selatan dan juga pusat pentadbiran negara ini. Ia terletak 50 km di utara Johannesburg dan berada di dalam wilayah Gauteng. Secara umumnya, Pretoria dianggap sebagai ibu negara Afrika Selatan tetapi ia juga berperanan sebagai pusat pentadbiran negara ini. Beberapa dekad lalu, bandar ini dikecam hebat kerana menjadi pusat pentadbiran rejim aparteid. Kini, bandar Pretoria merupakan tempat pelbagai kaum dan budaya dengan beberapa pusat teater dan muzium dan juga merupakan bandar sains dan teknologi. Di sini terdapat empat universiti temasuk Majlis Penyelidikan Sains dan Industri (CSIR) dan Institut Penyelidikan Veterinar Onderstepoort, dua buah universiti yang terkenal di dunia.