Prinsip_pengecualian_Pauli

Prinsip pengecualian Pauli merupakan prinsip mekanik kuantum yang dirumuskan oleh Wolfgang Pauli pada 1925. Prinsip ini adalah penting kerana menerangkan mengapa bahan memenuhi ruangnya sendiri dan tidak membenarkan bahan lain melaluinya tetapi membenarkan cahaya dan sinaran melepasinya. Ia menyatakan yang dua fermion seiras boleh mengisi keadaan kuantum yang sama serentak. Pernyataan yang lebih tegas bagi prinsip ini ialah, bagi dua fermion seiras, jumlah fungsi gelombang adalah anti simetri. Bagi elektron dalam atom tunggal, ia menyatakan yang dua elektron tidak boleh mempunyai empat nombor kuantum yang sama, iaitu n, l, dan ml boleh sama, ms mesti berbeza yang menunjukkan elektron mempunyai spin berlawanan.Prinsip pengecualian Pauli secara matematiknya menurut pengoperasi putaran bagi dua zarah seiras dengan spin separuh integer.