Projek_Genom_Manusia

Projek Genom Manusia (Human Genome Project, disingkatkan kepada HGP) ialah projek penyelidikan saintifik antarabangsa dengan matlamat utama untuk menentukan turutan pasangan bes kimia yang membentuk DNA dan untuk mengenalpasti dan memeta lebih kurang 20,000 hingga 25,000 gen genom manusia dari segi fizikal dan fungsi.Projek ini bermula pada tahun 1990 dan pada awalnya diketuai oleh James D. Watson dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Draf kertas kerja genom dikeluarkan pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2003, dan sehingga sekarang analisis lanjutan masih diterbitkan. Projek yang serupa dilakukan oleh Celera Corporation. Kebanyakan kajian urutan gen yang dibiayai kerajaan dibuat di universiti dan pusat penyelidikan dari Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Britain. Pemetaan gen manusia merupakan langkah penting dalam pembangunan untuk memajukan perubatan dan aspek penjagaan kesihatan lain.