Projek_Langat_2

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja. Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.Ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.Kerajaan Selangor juga dibenarkan melaksanakan skim penstrukturan semula selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang yang berkuatkuasa. Kerajaan Persekutuan terlibat menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terhad kepada pengambilalihan liabiliti dan aset air sahaja. Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pegangan ekuiti dalam sesebuah syarikat operator air.Peguam Negara menyemak dari segi undang-undang tanah dan Perlembagaan Persekutuan.