Protokol_Masa_Rangkaian

Protokol Masa Rangkaian (Bahasa Inggeris: Network Time Protocol, NTP) merupakan protokol bagi penyelarasan jam sistem komputer melalui pertukaran-paket, rangkaian data pendam-pelbagai. NTP menggunakan Protokol Datagram Pengguna (User Datagram Protocol, UDP) melalui port TCP dan UDP 123 sebagai lapisan pengangkutannya. Ia direka khusus bagi menentang kesan pendam pelbagai dengan menggunakan penimbal getaran ("jitter buffer"). NTP turut merujuk kepada rujukan perlaksanaan perisian yang dibekalkan oleh NTP Public Services Project.NTP merupakan protokol Internet tertua yang masih digunakan (sejak sebelum 1985). NTP pada asalnya direka oleh Dave Mills dari Universiti Delaware, yang mengekalkannya, bersama sekumpulan sukarelawan.NTP tidak berkait dengan protokol DAYTIME (RFC 867) dan protokol TIME (RFC 868) yang lebih ringkas.