Proton_Exora
Proton_Exora

Proton_Exora

Proton Exora ialah MPV dihasilkan oleh Proton. Pembangunan model MPV ini bermula daripada sifar dan ia bakal menjadi MPV pertama rekaan anak Malaysia. Bahagian belakang bumbungnya tidak bercerun sebagaimana kebanyakan MPV masa kini untuk menambah ruang pada barisan ketiga. Proton berkemungkinan akan menggunakan enjin Campro CPS 1.6L untuk menggerakkan MPV ini memandangkan penggunaan bahan apinya lebih baik daripada enjin yang lebih besar. Beberapa gambar intipan dari internet menunjukkan Proton sememangnya ada mencuba enjin berkenaan pada MPV keluaran syarikat kereta lain[2]. Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah sepenuhnya sudah tersebar di serata internet pada 23 Januari 2009[3], lebih awal daripada tarikh pelancaran yang sepatutnya pada bulan April 2009[4].Pada penghujung tahun 2011, Proton mengumumkan versi baru Proton Exora,iaitu Proton Exora Bold 1.6,dikeluarkan dalam tiga versi iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya versi tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menggunakan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm.Harga yang di tawarkan juga mampu milik iaitu untuk Exora Standard 1.6(M)CPS pada harga RM59,570[5] untuk Exora Bold Standard 1.6(A)CFE pada harga RM68,560[6] untuk Exora Bold Executive 1.6(M)CPS pada harga RM66,770[7] untuk Exora Bold Executive 1.6(A)CPS pada harga RM71,770[8] untuk Exora Bold Premium 1.6(A)CFE pada harga RM79,570[9]

Rujukan

WikiPedia: Proton_Exora http://www.anekakereta.com/index.php/harga-kereta-... http://www.proton.com/ http://kereta.info/proton-exora-crash-test-videos-... http://www.autoworld.com.my/v2/news/nb_details.asp... http://paultan.org/archives/2008/08/02/proton-mpv-... http://paultan.org/archives/2008/09/02/proton-mpv-... http://paultan.org/archives/2009/01/14/proton-mpv-... http://paultan.org/archives/2009/01/23/hot-proton-... http://paultan.org/archives/2009/02/17/proton-exor... http://paultan.org/archives/2009/03/05/proton-exor...