Proton_Persona
Proton_Persona

Proton_Persona

Proton Persona merupakan siri kereta padat dan subpadat keluaran syarikat pengeluar kereta Malaysia, Proton.Generasi pertama Proton Persona (C90) merujuk kepada model eksport bagi Proton Wira. Penggunan nama 'Proton Persona' pertama kali digunakan pada November 1993 di pasaran British. Persona asal ini kemudian disertai dengan model 3 pintu Persona Compact, dan model 2 pintu Persona Coupé.Model generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada Ogos 2007. Siri CM merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri. Ia berasaskan pelantar Proton Gen-2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Gen-2. Persona CM menggantikan model sedan sedan Proton Wira bagi pasaran Malaysia dan C90 Persona bagi pasaran eksport.Generasi ketiga Proton Persona (BH) dilancarkan pada Ogos 2016. Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz. Ia menggantikan terus model Persona CM berusia 9 tahun di negara sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Proton_Persona http://www.goauto.com.au/mellor/mellor.nsf/carfami... http://www.newpersona.proton.com/ http://www.carbase.my/proton/persona http://paultan.org/2007/08/15/proton-persona-proto... http://paultan.org/2008/08/26/proton-persona-se-no... http://paultan.org/2010/03/18/proton-persona-elega... http://paultan.org/2013/11/30/proton-persona-sv-la... http://paultan.org/2016/08/23/2016-proton-persona-... http://paultan.org/2016/08/23/2016-proton-persona-... http://paultan.org/2016/08/23/video-2016-proton-pe...