Provinsi

Provinsi
Daerah KhususDaerah Istimewa
KabupatenKota
Kabupaten Tadbir
SagoeKecamatan
DistrikSagoe Cut
KelurahanDesa
NagariKampungGampongDusunLingkungan
Rukun Warga
Rukun TetanggaProvinsi ialah nama untuk sebuah entiti subnegara. Perkataan "Provinsi" telah diakui dalam bahasa Inggeris sejak kira-kira 1330, dan berasal daripada perkataan Perancis Lama, province (abad ke-13). Perkataan Perancis itu berasal pula daripada bahasa Latin, provincia, yang bermaksud "wilayah di bawah penguasaan Rom". Provincia ialah kata majmuk yang berasal daripada pro- ("bagi pihak") dan vincere ("menguasai") — dengan kata yang lain, sebuah provinsi ialah sebuah wilayah atau fungsi yang dikuasai oleh seorang majistret Rom bagi pihak kerajaannya.Perkataan provincia diberikan maksud pentadbiran wilayah oleh orang-orang Rom ketika mereka membahagikan empayar mereka menjadi provinciae tetapi dari banyak segi, provinsi-provinsi ini lebih serupa dengan tanah-tanah jajahan moden yang dieksploitasikan tanpa hak-hak yang sama. Secara ironi, hak-hak yang sama telah diberikan sejak mula-mulanya kepada coloniae yang merupakan petempatan-petempatan tempatan yang lebih kecil, dan yang sering diasaskan oleh para bekas perajurit.Dalam bahasa-bahasa moden, sebuah provinsi ialah satu peringkat kerajaan yang sekunder di banyak negara, manakala negara-negara yang lain menggunakan istilah alternatif untuk entiti yang sama; umpamanya:Bagaimanapun, penggunaannya berbeza-beza. Di Perancis, Sepanyol, dan Itali, provincia merupakan bentuk kerajaan yang tertier, iaitu seakan-akan kaunti di dalam sebuah kawasan. Di Sweden, län ialah padanan untuk kaunti manakala di Finland, kata seasalnya, Lääni, ialah padanan untuk provinsi. Berbagai-bagai kawasan di seberang laut Empayar British mempunyai gelaran jajahan Provinsi yang mempunyai maksud yang lebih serupa dengan maksud Rom, seperti Provinsi Kanada dan Provinsi Australia Selatan (untuk membezakannya daripada 'tanah-tanah jajahan' untuk hukuman di bahagian-bahagian Australia yang lain). Di Jerman dan Austria, kawasan-kawasan yang mempunyai perpaduan sejarah dan budaya pada skala yang kurang daripada skala negara diberikan nama Tanah, sepatah nama yang umum untuk negeri-negeri Jerman dan negeri-negeri Austria.