Provinsi_dan_wilayah_di_Kanada

Kanada dibahagikan kepada seberapa provinsi dan wilayah untuk tujuan pentadbiran urus serata negara tersebut di bawah bidang kuasa menurut Perlembagaan Kanada. Dalam Gabungan Kanada 1867, tiga provinsi Amerika Utara British iaitu New Brunswick, Nova Scotia dan Provinsi Kanada (kemudiannya dibahagikan kepada Ontario dan Quebec) telah bersatu untuk membentuk tanah jajahan bersekutu lalu menjadi entiti berdaulat pada abad yang berikutnya. Sepanjang sejarahnya, sempadan-sempadan antarabangsa Kanada telah berubah beberapa kali dan negara tersebut berkembang daripada empat provinsi asal kepada sepuluh provinsi dan tiga wilayah seperti mana sekarang. Sepuluh provinsi tersebut ialah Alberta, British Columbia, Manitoba, New Brunswick, Newfoundland dan Labrador, Nova Scotia, Ontario, Pulau Putera Edward, Quebec dan Saskatchewan. Bersama-sama, provinsi dan wilayah itu membentuk negara kedua terbesar di dunia.

Rujukan

WikiPedia: Provinsi_dan_wilayah_di_Kanada http://www.canada.gc.ca/othergov-autregouv/prov-en... http://www.parl.gc.ca/parlinfo/compilations/provin... http://www.pco-bcp.gc.ca/aia/index.asp?lang=eng&pa... http://www12.statcan.gc.ca/census-recensement/2011... http://www12.statcan.gc.ca/census-recensement/2016... http://www40.statcan.gc.ca/l01/cst01/phys01-eng.ht... http://www.justice.gov.nt.ca/PDF/ACTS/Official_Lan... http://langcom.nu.ca/nunavuts-official-languages/ http://www.eco.gov.yk.ca/pdf/Language.pdf http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://www.e...