Dalam mitologi Mesir,
Ptah (juga dieja
Peteh) merupakan sembahan bagi timbunan kuno
kosmogoni Ennead, yang secara harfiahnya dirujuk sebagai
Ta-tenen (juga dieja
Tathenen), bermaksud tanah yang timbul, atau
Tanen, bermaksud tanah yang tenggelam. Dikatakan (dalam
Batu Shabaka) bahawa Ptah yang menyeru dunia untuk hidup, bermimpikan ciptaan itu, dan menyebutnya, namanya bermaksud pembuka iaitu dalam kisah ini pembuka mulut. Malah, peristiwa pembukaan mulut, seperti yang dijalankan oleh para paderi ketika pengkebumian untuk melepaskan jiwa dari mayat mereka, dikatakan dicipta oleh Ptah.
Atum dikatakan dicipta oleh Ptah untuk memerintah semua ciptaan, duduk di atas timbunan kuno.Dalam kesenian, dia ditampilkan sebagai mumia berjanggut, sering memakai penutup tengkorak, dengan tangannya memegang
ankh,
was, dan
djed, simbol kehidupan, kuasa dan kestabilan. DIkatakan juga Ptah menjelmakan dirinya dalam lembu
Apis. Di
Memphis, Ptah disembah dan dilihat bersama sebagai bapa Atum, atau lebih kepada bapa
Nefertum, Atum yang lebih muda. Apabila kepercayaan tentang Ennead dan
Ogdoad dipakai, dan Atum dikenalpasti sebagai
Ra (Atum-Ra), dirinya dilihat sebagai
Horus (Ra-Herakhty), ini membawa kepada Ptah yang dikatakan berkahwin dengan
Sekhmet, pada ketika itu dikatakan rupa awal
Hathor, ibu Horus, atau Atum.Memandangkan Ptah adalah timbunan kuno, dan telah mnyeru kepada penciptaan makhluk, dia dikatakan dewa penciptaan atau pertukangan, dan dalam hal tertentu, dewa hasil pertukangan batu. Kemudian, disebabkan kaitannya dengan makam, dan di
Thebes, para tukang amat menghormatinya dan mengatakan dia mengawal nasib mereka. Lalu, setelah berkembang dari kalangan para penukang, penduduk mula menganggap yang Ptah juga dewa kelahiran semula. Memandangkan
Seker juga dewa pertukangan dan kelahiran semula, Seker digabungkan dengan Ptah menjadi
Ptah-Seker.Ptah-Seker kemudiannya menjadi perwakilan matahari ketika malam, memandangkan matahari "dilahirkan semula" ketika ini, dan Ptah berada di balik bumi. Selepas itu, Ptah-Seker dianggap sebagai sembahan
dunia akhirat dan menjelang Kerajaan Pertengahan, Ptah digabungkan dengan
Osiris, raja dunia akhirat, lalu menjadi Ptah-Seker-Osiris.Legenda mengatakan yang masyarakat Mesir purba percaya dengan menyebut nama Ptah akan memberikan pasangan mereka kesuburan.