Geographia Ptolemy

Rencana utama: Geographia (Ptolemy)
Penggambaran abad ke-15 untuk peta dunia Ptolemy yang disusun semua daripada Geographia Ptolemy (kk. 150). Peta ini menunjukkan negara-negara "Serica" dan "Sinae" (China) pada paling kanan, di seberang pulau "Taprobane" (Sri Lanka, terlalu besar) dan "Aurea Chersonesus" (Semenanjung Tanah Melayu).

Karya utama Ptolemy yang lain ialah Geographia. Ini juga merupakan susunan mengenai apa yang diketahui mengenai geografi dunia dalam Empayar Rom pada masa itu. Beliau bergantung sebahagian besar kepada karya ahli geografi, Marinos dariTyre, serta pewarta-pewarta Empayar Persia kuno dan Empayar Rom, tetapi kebanyakan daripada sumbernya yang berasal daripada luar empayar tidak boleh dipercayai.

Bahagian pertama untuk Geographia ialah perbincangan data dan kaedah yang dipergunakan. Seperti dengan model sistem suria dalam Almagest, Ptolemy memasukkan maklumatnya dalam sebuah skema yang tersergam megah. Beliau memberikan koordinat kepada semua tempat dan ciri geografi yang beliau mengetahui, dalam sebuah grid yang merangkumi keseluruh dunia. Garisan lintang diukur dari khatulistiwa, seperti dengan hari ini, tetapi Ptolemy cendurung kepada penggunaan hari yang terpanjang berbanding darjah lengkok (panjangnya hari musim panas pertengahan bertambah dari 12h sehingga 24h dari khatulistiwa ke bulatan kutub). Ptolemy menggunakan garisan bujur sifar untuk meridian tanah yang paling barat yang diketahuinya, iaitu Kepulauan Canary.

Ptolemy juga mereka dan membekalkan arahan untuk mencipta peta seluruh dunia yang didiami oleh manusia (oikoumenè) serta provinsi-provinsi Rom. Dalam bahagian kedua untuk Geographia, beliau membekalkan senarai topografi, dan kapsyen untuk peta-peta. Oikoumenè merangkumi 180 darjah garisan bujur dari kepulauan Canary di Lautan Atlantik sehingga pertengahan China, dan hampir-hampir 80 darjah garisan lintang dari Artik ke Hindia Timur dan jauh ke dalam Afrika; Ptolemy amat menyedari bahawa beliau hanya mengetahui sesuku dunia dan maklumatnya tidak merangkumi Laut Timur.

Bagaimanapun, peta-peta dalam manuskrip Geographia Ptolemy yang masih wujud hanya bertarikh dari kira-kira 1300, iaitu selepas teksnya ditemui semula oleh Maximus Planudes. Pada kelihatannya, jadual-jadual topografi dalam buku-buku 2-7 mungkin merupakan teks longgokan, iaitu teks yang telah diubah dan ditambah sewaktu pengetahuan baru didapati pada abad-abad selepas Ptolemy (Bagrow 1945). Ini bermakna bahawa maklumat dalam bahagian-bahagian Geografi mungkin mempunyai tarikh yang berlainan.

Rujukan

WikiPedia: Ptolemy http://www.chass.utoronto.ca/~ajones/ptolgeog/ http://www.fiks.de/rom/index.htm?rom10.htm http://wwwuser.gwdg.de/~fhasele/ptolemaeus/index.h... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pe... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://dsr.nii.ac.jp/toyobunko/III-2-F-b-2/V-1/pag... http://www.csiss.org/classics/content/76 http://www.newberry.org/smith/slidesets/ss08.html http://obs.nineplanets.org/psc/theman.html http://www.skyscript.co.uk/ptolemy.html