Puchong,_Selangor

YDP Sepang-Bahagian Puchong SelatanTuan Azizan Bin Mohamad Sidin Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil terangkum di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kawasan batu 6 hingga ke Jalan Klang Lama yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sebahagian besar dalam Daerah Petaling, ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.ia juga sangat baik.Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Seri Serdang dan Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil.Manakala,kawasan Batu 5 dan 7 Puchong yang berada di sebelah Kuala Lumpur terletak di bawah kawasan parlimen Seputeh manakala Batu 6 berada dalam kawasan parlimen Lembah Pantai Timur.

Puchong,_Selangor

- Jumlah 380,000
Zon masa MST (UTC+8)
Pembentukan sekitar 1900
- Musim panas (DST) Tidak berkenaan (UTC)
Dinaik taraf Perbandaran Subang Jaya - Bahagian Puchong Dinaik taraf Perbandaran Sepang - Puchong Selatan 2 Januari 1997 3 Mac 2005
- YDP Subang Jaya- Bahagian Puchong YDP Sepang-Bahagian Puchong Selatan Tuan Adnan Bin Hj. Md. Ikshan

Tuan Azizan Bin Mohamad Sidin

Datuk Bandar Kuala Lumpur:Datuk mohd Amin Nordin