Pujaan_Hati_Kanda

Pujaan Hati Kanda merupakan antara drama terunggul tahun 2018/2019 Malaysia adaptasi novel dengan judul yang sama karya tulisan novelis Aulia Iman yang diterbitkan oleh Karyaseni. Drama ini telah menerima rating sebanyak 12 Juta Penonton dan turut menjadi antara topik-topik hangat di media sosial serta trending di Malaysia dan juga seluruh dunia. Pada Episod Akhirnya, drama ini ditontoni oleh 5 Juta Penonton serta menerima sebanyak 30 Juta Penonton di platform TonTon dan juga laman Youtube rasmi TV3.Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 menggantikan drama Seribu Rindu.Drama 28 episod ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly.[1]

Pujaan_Hati_Kanda

Status Tamat
Bahasa Bahasa Malaysia
Mengikuti Seribu Rindu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Norley Aimi Nadiah Shaari
Pengarah Eoon Shuhaini
Lagu pembukaan "Pujaan Hati" nyanyian Adira
Penerbit Arisz Ab Rahman
Diikuti oleh Dia Menantu Rahsia
Syarikat penerbitan Mache All Star United Sdn. Bhd.
Tempoh siaran Isnin–Jumaat
41 minit
7:00 petang
Siaran asal 20 Disember 2018 – 28 Januari 2019
Pencipta Aulia Iman
Berdasarkan daripada Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman
Bilangan episod 28
Dibintangi oleh
Genre Drama
Cinta
Konflik
Keluarga
Ditulis oleh Intan Zarina Mohd Yasin
Saluran asal TV3 (Slot Akasia)