Pukulan_(besbol)
Pukulan_(besbol)

Pukulan_(besbol)

Dalam sukan besbol, pukulan (bahasa Inggeris: hitcode: en is deprecated ) berlaku apabila pemukul (batter) cuba memukul bola yang dilemparkan oleh pelempar (pitcher) dan dalam keadaan bola itu dapat dipukul yang membolehkan pemukul dapat berlari memperoleh sekurang-kurangnya satu tapak (base). Pemukul harus berlari pantas untuk mendapatkan tapak sebelum dipanggil keluar oleh pengadil. Sekiranya pemukul berjaya mendapat tapak sebelum dipanggil keluar, jadinya dia berhasil atau safe. Seterusnya, giliran pemukul seterusnya yang memukul bola daripada pelempar. Pemukul yang berjaya mendapat tapak tadi menjadi pelari (runner).