Penerbitan Pulang_(filem)

Pulang berdasarkan dari satu kisah benar seorang kelasi kapal pada 1940-an. Ia diarahkan oleh Kabir Bhatia, pengarah filem kelahiran India yang terkenal dengan filem seperti Cinta (2006), Setem (2009) dan Nur Kasih The Movie (2011).[6] Skrip filem ini ditulis oleh isteri Kabir, Mira Mustaffa. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 6 juta, manakala kos bagi imej janaan komputer (CGI) dilaporkan berjumlah RM2 juta.[7][8]

Idea asal filem ini telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar yang mana ia berdasarkan dari satu peristiwa sebenar. Pulang akan dimuatkan dengan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam era yang berbeza, ia turut menampilkan era penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.[9] Semua pelakon yang terlibat menjalani sesi uji bakat yang dijalankan oleh Kabir bagi memilih pelakon yang sesuai melakonkan watak masing-masing. Azrel Ismail yang terkenal dengan peranan drama dan telefilem, memegang watak sebagai Omar; Azrel mengakui impian berlakon bersama Remy Ishak menjadi kenyataan dalam filem ini dan teruja kerana dapat bekerja di bawah arahan Kabir. Bekas alumni Dewi Remaja 2014/15, Puteri Aishah memegang watak sebagai Che Thom; Pulang ialah filem sulung lakonannya.[10] Puteri berkata: "Berpeluang bergandingan dengan Remy juga satu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Malah, saya memang memberi komitmen 100 peratus terhadap pembikinan cerita ini dan sentiasa terbawa-bawa watak saya ketika penggambaran Pulang,".[11] Remy yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Kabir, memegang watak sebagai Othman; beliau pada mulanya merasakan skripnya bagus dan masih tidak dapat membayangkan bagaimana teknik imej janaan komputer (CGI) akan digunakan. Untuk filem ini, beliau berkampung selama dua minggu di Terengganu.[12] Komposer dan penerbit muzik terkenal, Aubrey Suwito diberi kepercayaan mencipta skor muzik.[13]

Rujukan

WikiPedia: Pulang_(filem) http://www.imdb.com/title/tt8595708/ http://ohbulan.com/berdasarkan-kisah-benar-ini-5-f... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kekuatan-sinematog... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-cinta-61-tah... http://www.kosmo.com.my/terkini/pulang-sudah-kutip... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/07/19/... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/08/02/... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/pulan... http://www.utusan.com.my/hiburan/pulang-garapan-ci...