Pulau,_Pulau_Pinang

Pulau Pinang secara khusus merujuk kepada bahagian pulau bagi negeri Pulau Pinang dan disambung dengan Jambatan Pulau Pinang.Bahagian Pulau, Pulau Pinang bersama George Town kini juga merupakan bandar raya perniagaan di Malaysia dan menjadi bandar raya terbesar di bahagian utara negara tersebut. Bangunan Komtar yang merupakan bangunan tertinggi di negeri tersebut juga terletak di bahagian Pulau Pinang ini. Ibu negeri Pulau Pinang, Georgetown, terletak di timur laut pulau ini. Bandar raya barat laut ini merupakan pusat peranginan di Malaysia dengan keluasan 295 km2. Pulau ini merupakan pulau termaju dan pulau padat penduduk di Malaysia. Bentuk pulau Pulau Pinang juga semacam Singapura dan Hong Kong mini bagi ibu kota Malaysia. Majlis Bandaraya di Pulau Pinang dinamakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.Pulau ini dibahagikan kepada dua daerah pentadbiran; Barat Daya Pulau Pinang dan Timur Laut Pulau Pinang. Secara umumnya daerah Timur Laut yang turut mengandungi Georgetown lebih membangun berbanding daerah Barat Daya yang lebih berfungsi sebagai "peparu hijau" pulau ini.Pantai Batu Feringgi di Pulau Pinang adalah di pulau utara Malaysia ini. Pesawat-pesawat ke Bangkok, Taipei, dan Guangzhou terus terbang dan mendarat di destinasi bagi orang Pulau Pinang.Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan di sini setiap tahun. Lapangan Terbang di negeri Pulau Pinang ialah yang kedua tersibuk di Malaysia dan terletak tidak jauh dari jambatannya seperti lapangan terbang Singapura.Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang hampir mencapai 100 tahun. Pada 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Majlis Perbandaran di George Town itu diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang.