Pulau_Baker

Pulau Baker ialah sebuah pulau tidak berpenghuni yang terletak tepat di utara khatulistiwa di Lautan Pasifik tengah pada 0°13′N, 176°31′W, hampir 3,100 km (1,674 batu nautika) tenggara Honolulu. Pulau ini terletak hampir setengah perjalanan dari Hawaii ke Australia.Tempat Perlindungan Nasional Pulau Baker terdiri dari pulau 405 ukuran tanah (1.64 km²) dan dikelilingi tanah di bawah permukan air seluas 30,504 ekar (123.4 km²). Kini pulau itu ialah Tempat Perlindungan Nasional yang diatur Perkhidmatan Perikanan dan Haiwan Liar A.S. sebagai daerah pulau di bawah Jabatan Dalam Negeri AS. Pulau Baker ialah daerah yang tidak digabung dan diurus AS.Pertahanannya ialah tanggungjawab AS; meskipun tidak berpenghuni, ia dilawati setiap tahun oleh Penjaga Pantai AS.