Pulau_Easter
Pulau_Easter

Pulau_Easter

Pulau Easter (Templat:Lang-rap, Sepanyol: Isla de Pascua) adalah pulau Polynesia di tenggara Lautan Pasifik, di titik paling selatan Segi tiga Polynesian. Pualu Easter terkenal kerana 887 patung menakjubkan yang dipanggil moai, dicipta oleh penduduk Rapa Nui awal. Pada tahun 1995, UNESCO menamakan Pulau Easter sebagai Tapak Warisan Dunia, dengan sebahagian besar pulau dilindungi di bawah Taman Negara Kebangsaan Rapa Nui.Orang Polynesian mendiami Pulau Easter pada kurun pertamaCE, dan mencipta budaya maju, sebagaimana dibuktikan oleh moai dan barangan lain. Bagaimanapun, aktiviti manusia, pengenalan tikus Polynesian dan lampau penduduk mendorong kepada kehilangan hutan dan kepupusan sumber asli, yang menyebabkan pupusnya budaya Rapa Nui. Menjelang ketibaan orang Eropah pada tahun 1722, penduduk pulau telah jatuh pada 2,000–3,000 dari puncak anggaran 15,000 hanya satu abad sebelumnya. Pada masa kini, pulau ini bertindak sebagai amaran pada bahaya budaya dan persekitaran dari lampau pakai. Penyakit yang dibawa oleh kelasi Eropah dan pedagang hamba 1860-an bertambah mengurangkan penduduk Rapa Nui, jatuh sehingga 111 pada tahun 1877.[5]Pulau Easter merupakan salah satu pulau paling terpencil di dunia.[6] Tanah berhuni terdekat (50 penduduk) adalah Kepulauan Pitcairn pada 2,075 kilometer (1,289 mi), dan titik benua paling hampir terletak di tengah Chile, pada 3,512 kilometer (2,182 mi).Pulau Easter merupakan jajahan istimewa bagi Chile yang mengambilnya pada tahun 1888. Secara pentadbiran, ia termasuk dalam Kawasan Valparaíso dan lebih khusus lagi satu-satunya Komune Chile bagi Provinse Chile Isla de Pascua.[7] Menurut bancian 2012 ia memiliki sekitar 5,800 penduduk, di mana 60% merupakan keturunan Rapa Nui yang asal.

Rujukan

WikiPedia: Pulau_Easter http://www.censo.cl/cuadros/Region_5/Poblacion/Cua... http://www.ine.cl/canales/chile_estadistico/censos... http://www.leychile.cl/Navegar?idNorma=1026285 http://www.municipalidaddeisladepascua.cl/ http://www.portalrapanui.cl/easterisland/index.htm http://books.google.com/?id=vBZXJQ3HDg0C http://books.google.com/books?id=8gKvwnWvwjsC http://www.usatoday.com/tech/science/columnist/ver... http://www.uri.edu/artsci/ecn/starkey/ECN398%20-Ec... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...