Pulau_Hong_Kong
Pulau_Hong_Kong

Pulau_Hong_Kong

Pulau Hong Kong (Cina Tradisional: 香港島) adalah sebuah pulau di bahagian selatan Hong Kong. Ia mempunyai bilangan penduduk seramai 1,289,500[1] dan kepadatan penduduknya ialah 16,390/km²[2], seperti pada 2008. Pulau ini ditawan oleh United Kingdom pada awal 1840, selepas itu Bandar Victoria didirikan di pulau ini. Kawasan Tengah pulau ini merupakan pusat sejarah, politik, dan ekonomi Hong Kong. Kawasan pantai utara pulau ini menjadi tebing selatan untuk Pelabuhan Victoria yang banyak menyumbang kepada pembangunan Hong Kong disebabkan oleh kedalamannya yang digemari oleh kapal-kapal perdagangan besar.Banyak tempat yang paling terkenal di Hong Kong terletak di pulau ini, seperti "The Peak", Taman Lautan, banyak tempat bersejarah, dan juga pelbagai pusat membeli-belah yang besar. Banjaran gunung yang merentasi pulau ini juga terkenal untuk pengembaraan gunung.Bahagian utara Pulau Hong Kong bersama dengan Kowloon membentuk kawasan urban teras Hong Kong. Jumlah keluasan kedua-duanya ialah kira-kira 88.3 km2 (34.5 sq. mi.) dan jumlah bilangan penduduk (bahagian utara pulau ini dan Kowloon) ialah kira-kira 3,156,500 orang, dengan ketumpatan penduduk 35,700/km² (91,500/sq. mi.).Kadangkala pulau ini juga digelar oleh orang tempatan sebagai "sebelah Pulau" (dalam rujukan tertentu kepada sebelah selatan Pelabuhan Victoria).

Pulau_Hong_Kong

• Kepadatan 16,390/km2 (42,400/batu persegi)
Zon waktu UTC+8 (Waktu Hong Kong)
• Jumlah 1,289,500