Pulau_Indera_Sakti

Pulau Indera Sakti merupakan sebuah pulau yang terletak di Kampung Gajah, iaitu di Kuala Sungai Kinta, jalan menuju ke Teluk Intan dari Kampung Gajah. Pulau ini tidak terletak di laut, sebaliknya di dalam Sungai Perak. Sungai Perak lebar dan panjang mengalir dari Lembah Belum ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh.Pulau Indera Sakti tidak lagi berpenghuni walaupun pada zaman dahulu menjadi tapak lokasi Sultan Perak. Terdapat sebuah makam Sultan di sini. Semasa pertabalan Sultan Azlan Shah pada tahun 1986, baginda telah menziarahi makam Sultan ini. Baginda menghilir Sungai Perak dengan menggunakan rakit yang bernama "Balai Gambang".