Pulau_Krismas
Pulau_Krismas

Pulau_Krismas

Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis bujur tidak sahKoordinat: 10°29′S 105°38′E / 10.483°S 105.633°E / -10.483; 105.633
Wilayah Pulau Krismas ialah sebuah wilayah Australia bukan pemerintahan diri yang terletak di Lautan Hindi, 2,360 kilometer (1,466 batu) di barat daya Perth, Australia Barat dan 500 kilometer (310 batu) di selatan Jakarta, Indonesia.Terdapat kira-kira 1,600 orang penduduk yang menetap di beberapa petempatan di hujung utara pulau tersebut, antaranya Flying Fish Cove, Bandar Silver, Kampong, Poon Saan, dan Drumsite.Pulau Krismas mempunyai topografi asli yang unik sehingga menjadi perhatian para ahli sains dan geografi, ekoran kewujudan sebilangan spesies tumbuhan dan haiwan endemik yang telah berevolusi secara terpencil tanpa diganggu manusia. Sedangkan terdapat aktiviti perlombongan di Pulau Krismas sejak bertahun-tahun lagi, 65% dari keseluruhan 135 kilometer persegi (52.1 batu persegi) keluasan pulau ini kini merupakan Taman Negara, selain daripada banyak kawasan hutan dara.

Pulau_Krismas

Ibu kota Flying Fish Cove ("The Settlement")
Zon masa UTC+7
Pemerintahan Raja berperlembagaan persekutuan
• Gobenor-Jeneral Komanwel Australia
Quentin Bryce
• Anggaran 2009 1,402[1] (220th)
• Kepadatan 10.39/km2 (26.9/sq mi) (n/a)
Kod panggilan 61
Bahasa rasmi Inggeris (de facto)
• Pentadbir Jon Stanhope
• Ratu Australia Elizabeth II
• President Shire Gordon Thomson
• Kedaulatandipindah ke Australia
1957
Mata wang Dolar Australia (AUD)
Demonim Orang Pulau Krismas
Kumpulan etnik 70% Cina, 20% Eropah, 10% Melayu
• Jumlah 135 km2 (52 bt2)
• Air (%) 0
Internet TLD .cx