Pulau_Libaran
Pulau_Libaran

Pulau_Libaran

Pulau Libaran terletak berhampiran dengan pelabuhan Sandakan, Sabah, di pantai timur Sabah, Malaysia.Luas pulau ini 17 km persegi dan dilindungi di bawah Akta Taman Negara pada 1977 oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Cara ke sana : Dari Kota Kinabalu anda boleh menggunakan jalan raya tetapi agak merbahaya kerana jaraknya jauh. Lebih baik menggunakan kapal terbang kecil dari Lapangan terbang Kota Kinabalu ke Sandakan yang mengambil masa selama 1 jam sahaja. Dari Sandakan, anda boleh menyewa bot laju untuk pergi ke sana. Banyak bot laju disediakan dengan harga sewaan yang berpatutan.Pulau ini terdiri daripada 3 buah pulau kecil iaitu pulau Selingan, pulau Bakkungan Small dan pulau Gulisan. Hanya 40 km dari pantai Sandakan. Hidupan yang paling eksotik di sini ialah penyu belimbing yang bertelur pada musim-musim tertentu iaitu pada bulan Oktober setiap tahun. Setiap malam sehingga 50 ekor penyu mendarat untuk bertelur .Pada 1 Ogos 1966, pulau Libaran didapati berpotensi untuk pendaratan penyu, mengeram dan penetasan penyu . Ia dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.Sejak itu, pulau -pulau ini dinamakan Taman Pulau Penyu yang ditadbir oleh kerajaan negeri bagi melindungi hidupan liar ini agar tidak pupus dan seterusnya menjadi tarikan pelancong. Maskot Tahun Melawat Malaysia 1986 ialah penyu yang memakai cermin mata hitam.