Pulau_Mataking

Pulau Mataking merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Tawau negeri Sabah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Mataking yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih menarik para pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Mataking, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Mataking yang terletak di Tawau ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih.Pulau Mataking mempunyai kemudahan resort bagi para pengunjung yang berminat untuk tinggal di situ beberapa hari. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan di sini, seperti pakej snorkelling, pakej bulan madu, pakej penyelaman skuba dan juga pakej percutian. Pulau Mataking yang terletak di perairan Tawau, Sabah masyhur di kalangan pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang cantik, air laut yang jernih serta pasir nya yang putih bersih. Pelbagai hidupan laut yang terdapat di terumbu karang sekelilingnya menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para 'penyelam'.