Pulau_Pangkor
Pulau_Pangkor

Pulau_Pangkor

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah:Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.Pangkor Laut Resort yang dimiliki oleh YTL Hotels di sebelah barat Pantai Pasir Bogak ialah sebuah tempat peranginan persendirian mewah yang bertaraf antarabangsa.