Pulau_Redang
Pulau_Redang

Pulau_Redang

Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ianya merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong, juga terletak di sempadan Terengganu, dan Kelantan.Pulau Redang hanya adalah salah satu pulau yang besar, senyap dan tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam. Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.Tapi, Pulau Redang akan ditutup pada setiap hujung tahun hingga awal tahun akibat ombak besarnya dan tinggi. Lagi satu pantai yang terkenal juga dekat sini ialah Pulau Perhentian pun serupa. Dan ke bawah, merupakan Pulau Kapas.