Pulau_Taiwan
Pulau_Taiwan

Pulau_Taiwan

Rencana ini mengenai penduduk, sejarah, budaya dan geografi pulau Taiwan. Bagi negara yang biasa digelarkan sebagai "Taiwan," sila merujuk kepada Republik China di Taiwan. Bagi provinsi Taiwan, lihat Provinsi Taiwan dan bagi kegunaan lain, lihat Taiwan (nyahkekaburan).Pulau Taiwan (Tulisan Cina Tradisional: 臺灣島 atau 台灣島, Tulisan Cina Ringkas: 台湾岛, Pinyin: Táiwān Dăo, Wade-Giles :T'ai-wan dao, (Dialek Taiwan: Tâi-oân do) merupakan sebuah pulau Asia Timur yang terletak di perairan tanah besar China, selatan Jepun dan utara Filipina. Gelaran "Taiwan" biasanya digunakan untuk merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh Republik China di Taiwan (ROC) yang merangkumi:Pulau utama Taiwan, juga dikenali sebagai Formosa (digelarkan oleh kelasi Portugis sebagai Ilha Formosa yang bererti "pulau cantik"), bersempadan:Pulau ini, yang panjang 394 kilometer (245 batu) dan lebar 144 kilometer (89 batu), terdiri daripada gunung-ganang yang curam dan yang diselimuti oleh tumbuh-tumbuhan tropika dan subtropika. Kedaulatan kewujudan pulau Taiwan sebagai satu negara dipertikaikan Republik Rakyat China walaupun kerajaan di tanah besar China ini tidak pernah memerintah pulau Taiwan. Sila lihat rencana status politik Taiwan untuk maklumat lanjut.