Pusa,_Sarawak

Pusa merupakan sebuah bandar, di Bahagian Betong, Sarawak, timur Malaysia. (Latitud: 1° 35' N Longitud: 111° 15' E). Ia terletak berhampiran bandar Beladin.Dalam pengajian sejarah, dahulunya merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Saribas yang dikenali sebagai "Tandang Sari" dibawah Kesultanan Melayu Brunei. Dengan kedudukan geografi terletak di muara Sungai Rimbas dan berada di tengah Batang Saribas, keadaan yang strategik untuk mana-mana pembesar bagi dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Dalam kajian Dr. Sanib Said, kerajaan negeri ini ada di sebutkan di dalam satu manuskrip sejarah yang berbentuk puisi yang memperihalkan tentang Temenggung Abdul Kadir dan Dato' Godam yang berjudul "Syair Tarsilah Cetera Dato' Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas'', atau judul pendeknya digelar "Syair Tarsilah Negeri Saribas''. Monumen iaitu makam para pembesar ini masih dapat di jumpai di Kampung Dang Esah (Kampung Lot). Dayang Isah Tandang Sari merupakan sebuah lagenda yang cukup sinonim dengan Daerah Pusa, justeru berkait rapat dengan Dato' Godam dan sejarah kerajaan Saribas amnya. Majoriti penduduk Pusa adalah Melayu Islam dan dianggarkan sebanyak 92% Melayu dan selebihnya Cina dan lain-lain. Pusa terkenal dengan ikan terubuk hasil Batang Saribas, selain pembuatan Gula Apong yang masih aktif di Kampung Tambak. Sebelum tahun 2017, pengangkutan air masih menjadi nadi utama menghubungkan kampung. Tetapi pembinaan Jambatan yang menghubungkan Kampung sa dan Pasar Pusa dan memudahkan penduduk kampung untuk bergerak.Selepas persempadanan semula Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak, Daerah Kecil Pusa telah diisytiharkan sebagai Daerah Penuh iaitu Daerah Pusa pada 1 Ogos 2015. Dalam persempadanan semula sebagai sebuah Daerah Penuh, ia digabungkan sekali dengan pentadbiran Daerah Kecil Maludam bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif disamping merancakkkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan setempat.Daerah Pusa meliputi beberapa perkampungan iaitu Kampung Hulu Pusa, Kampung Tengah Pusa, Kampung Hilir Pusa, Kampung Kalok, Kampung Dato' Godam, Kampung Lot (Dang Esah), Pasar Pusa, Merwang Jaya, Kampung Hulu Tambak, Kampung Tengah Tambak, Kampung Hilir Tambak, Kampung Hulu Serabang, Kampung Tengah Serabang, Kampung Hilir Serabang, Kampung Hulu Tuie, Kampung Tengah Tuie, Kampung Hilir Tuie, Kampung Hulu Beladin, Kampung Tengah Beladin dan Kampung Hilir Beladin.DAERAH PUSA :-1) Pekan Pusa2) Kampung Pusa3) Kampung Kalok4) Kampung Tambak5) Kampung Tuie6) Kampung Serabang7) Kampung Dato' Godam8) Kampung Dayang Esah9) Kampung BeladinDAERAH KECIL MALUDAM :-1) Kampung Spinang2) Kampung Semarang3) Kampung Maludam4) Kampung Sungai Suak5) Kampung Tanjung Baru6) Kampung Sungai Daun7) Kampung Sungai Pedada8) Kampung Sungai Mulon9) Kampung Sungai Meranti10) Kampung Triso

Pusa,_Sarawak

• Kepadatan 41/km2 (110/batu persegi)
Negeri  Sarawak
Negara  Malaysia
• Jumlah 14,921