Kontroversi Pusat_Dagangan_Dunia_Putra

Pembiayaan PWTC

Barry Wain di dalam bukunya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta. Jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan, Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd. laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570. [4]