Sejarah Pusat_Konvensyen_Antarabangsa_Putrajaya

Bangunan ini telah dibina dari tahun 2001 hingga September 2003. Persidangan pertama yang telah dilangsungkan disini ialah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang ke-10 dalam tahun yang sama pada bulan Oktober. Sejak Oktober 2004, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara rasmi dikenali sebagai Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memberi gambaran bahawa ia setanding dengan pusat-pusat persidangan antarabangsa yang lain seperti di London, Tokyo dan Paris. Ia juga merupakan mercu tanda terkenal di bandar ini, yang juga merupakan idea daripada Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad

PICC meliputi kawasan seluas 135,000 meter persegi, atau kira-kira 1.3 juta kaki persegi.

Selain menjadi tuan rumah Persidangan ke-10 Pertubuhan Negara-Negara Islam, PICC juga menjadi tempat persidangan untuk acara keselamatan berisiko tinggi, yang dianjurkan oleh kerajaan atau sektor swasta. PICC pernah menampilkan banyak tetamu penting termasuk pemimpin luar, tokoh-tokoh korporat yang penting seperti Bill Gates dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Steve Ballmer. Oleh kerana lokasinya yang strategik di atas bukit di Putrajaya dan menghadap tasik yang indah, ia juga telah menjadi salah satu tempat yang paling popular dan tapak "panas" untuk penggambaran filem terutamanya untuk iklan komersial.

PICC boleh menampung 10,000 orang dengan lebih 57 dewan dan bilik-bilik kecil yang sedia untuk digunakan.