Pusat_Oxford_untuk_Pengajian_Islam
Pusat_Oxford_untuk_Pengajian_Islam

Pusat_Oxford_untuk_Pengajian_Islam

Pusat Oxford untuk Pengajian Islam (dalam bahasa Inggeris: Oxford Centre for Islamic Studies atau OCIS) adalah sebuah Recognised Independent Centre (Pusat Bebas Diakui) Universiti Oxford, England. Ia ditubuhkan pada 1985 dengan tujuan mengalakkan pengajian Islam akademik dan dunia Islam. Penaung pusat ini adalah Putera Charles.[1][2]
Sebuah bangunan baru[3] untuk pusat ini terletak di timur pusat Oxford di Marston Road, bersebelahan Magdalen College. Bangunan ini menggabungkan senibina kolej Oxford tradisional dengan gaya Islam klasik.[4] Ia termasuk sebuah masjid dengan kubah dan menara masjid yang amat ketara,[5] sebuah tambahan baru pada latar langit Oxford.Pengarah penemu pusat ini adalah Dr Farhan Nizami, CBE.