Pusat_pemeriksaan_sempadan
Pusat_pemeriksaan_sempadan

Pusat_pemeriksaan_sempadan

Pusat pemeriksaan sempadan (juga dikenali sebagai pusat pemeriksaan perbatasan) adalah suatu kemudahan yang terletak pada atau berhampiran sempadan antarabangsa, di mana para pengembara atau barangan akan diperiksa sebelum dibenarkan (atau dinafikan) untuk melintasnya. Pihak berkuasa biasanya diperlukan bagi memasuki sesebuah negara melalui sempadannya. Sempadan akses yang dikawal selalunya mempunyai bilangan pusat pemeriksaan yang terhad, di mana ia boleh dilalui tanpa sekatan undang-undang. Peraturan atau perjanjian boleh dibentuk bagi membenarkan lintasan yang kurang terkawal (seperti Perjanjian Schengen). Pusat pemeriksaan sempadan darat (pintu masuk darat) boleh dibezakan dengan kemudahan kastam dan imigresen di pelabuhan laut, lapangan terbang antarabangsa dan pintu masuk sempadan yang lain.Pusat-pusat pemeriksaan biasanya mempunyai dua tujuan iaitu untuk menghalang kemasukan individu yang tidak diingini (contohnya penjenayah atau orang yang menimbulkan ancaman) atau mereka yang tanpa kebenaran untuk masuk dan bagi mencegah kemasukan barangan yang tidak sah atau tertakluk kepada sekatan, atau untuk mengutip tarif.

Rujukan

WikiPedia: Pusat_pemeriksaan_sempadan http://eur-lex.europa.eu/LexUriServ/LexUriServ.do?... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... https://infographics.channelnewsasia.com/interacti... https://www.macaubusiness.com/macau-gongbei-border... https://www.straitstimes.com/singapore/a-look-at-w... https://archive.wikiwix.com/cache/display2.php/att... https://explore.dot.gov/t/BTS/views/BTSBorderCross... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh20060075... https://www.immd.gov.hk/publications/a_report_2017... https://d-nb.info/gnd/4193333-3